Thursday, November 14, 2013

UPSR 2013 : Alhamdulillah dan tahniah.

Alhamdulillah, prestasi SK Lambor Kanan meningkat dengan pencapaian yang memberangsangkan. Walaupun purata kedudukan dalam Daerah Perak Tengah pada no. 12 dan 212 dalam keseluruhan Negeri Perak, ianya membanggakan.

Syukur Alhamdulillah
Pencapaian Bagi Bahasa Melayu Penulisan 100% , Bahasa Melayu Kefahaman 100%, Matematik 95.8%, Sains juga 95.8% manakala Bahasa Inggeris 62%.

Sekalung tahniah dan syabas buat seluruh warga kerja SK Lambor Kanan, baik pihak pengurusan , tenaga pendidik , staff sokongan dan semua yang bersangkutan dalam memberikan kejayaan sederhana ini.

Tokoh Murid memperolehi 5A - Nur Hayatul Asma
5A - Nur Hayatul Asma yang juga selaku Tokoh Murid 2013

Memendam rasa
suka duka tangis hiba
kenangan bersama yang berjaya
kejayaan bersama 2013

Pencapaian 5A
Pencapaian 3A
5A , 4A1B & 3A2B - SK Lambor Kanan 2013
Semoga mereka yang berjaya akan terus memacu kejayaan dunia akhirat manakal yang kurang bernasib baik, ANDA juga ada KEJAYAAN di masa yang mendatang. USAHA dan TERUS BERUSAHA.

Saturday, October 5, 2013

LADAP 5 OKT : VLE Frog

LADAP VLE Frog SK Lambor Kanan kali pertama telah diadakan. Bersama Jurulatih Utama En. Adenan , Pegawai Pusat Kegiatan Guru Bota sudi menyampaikan ilmu dan pendedahan ini buat kami semua warga sekolah.

Tekun untuk ditunjuk ajar...
 Walaupun pencapaian internet yang slow di kawasan kami ini, sama-samalah kita berfikir sejauhmana ianya akan memberi manfaat semaksimum mungkin dikalangan warga sekolah ini lebih-lebih lagi para pelajar sekolah ini.
1st step to learn VLE Frog at Lambor Kanan
Penghargaan buat semua pihak yang telah memikirkan ruang ini sebagai aplikasi pembelajaran maya. Diharapkan kesan yang positif akan terhasil daripadanya.

Thursday, September 12, 2013

KEMASUKKAN KE TING. 1 (ALIRAN AGAMA) DI NEGERI PERAK

Sek. Men. Agama Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Gajah
Kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak
Dipaparkan SEMULA antara sebahagian tatacara Kemasukkan Pelajar Tingkatan 1/2014 (Aliran Agama). Valid masih diguna pakai sistem berkenaan.

KEMASUKKAN KE TING. 1 (ALIRAN AGAMA) DI NEGERI PERAK 2014

1. SMKA*/INTEGRASI**
3 SMKA (NEGERI PERAK)
1 INTEGRASI (NEGERI PERAK)

SYARAT PEMILIHAN :-
UPSR 5A
SIJIL PENDIDIKAN ISLAM (SPI TAHUN 6) 4A/5A
UPKK 7A & KEATAS (suatu keistimewaan)
AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

* PEMILIHAN OLEH SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM , JPN
** PEMILIHAN ONLINE KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (SBP)


2. KAA/RKA
(KELAS-KELAS KHAS SEKOLAH TERPILIH SETIAP NEGERI)

SYARAT PEMILIHAN
UPSR 4A / 3A
SPI 4A / 3A
UPKK 5A & KEATAS
AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

* PEMILIHAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM , PPD
BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI PPD ATAU SEKOLAH TERPILIH


3. SABK
23 BUAH DI NEGERI PERAK
Cth. Maahad Ehya' Diniah, Kg Gajah, Maahad al-Ummah, Chepor & Seumpamanya.

SYARAT PEMILIHAN
UPSR 2A 3B & KEATAS
SIJIL PENDIDIKAN ISLAM 2A & KEATAS
UPKK 5A & KEATAS
UJIAN KELAYAKAN SELARAS*

* MARKAH TERTINGGI UJIAN KHAS SEKOLAH YANG DIPOHON
BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI SABK BERKENAAN. MULAI OKTOBER 2013 @ RUJUK SABK BERKENAAN.
(PENTING : Hanya dibenarkan memilih satu sekolah sahaja bagi setiap pelajar)


4. SMAN (SEK. MEN. AGAMA NEGERI)
(2 Aliran : I'dadi & Tahfiz)
3 BUAH DI NEGERI PERAK
SMA Izzuddin Shah , SMA Raja Perempuan Taayah & SMA Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah.

SYARAT PEMILIHAN
UPSR 5A/4A
UPKK 8A/7A
SRAI (SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM) – LULUS
AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (suatu keistimewaan)
UJIAN KELAYAKKAN LISAN*

*BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI PEJABAT AGAMA BERDEKATAN & SEKOLAH BERKENAAN. SEHARI SELEPAS KEPUTUSAN UPSR 2013 DIUMUMKAN.
UJIAN KELAYAKKAN AKAN DIMAKLUMKAN SEJURUS BORANG PERMOHONAN KEMASUKKAN DITERIMA SEMULA.


5. SMAR (SEPENUHNYA SWASTA)
Cth. : Maahad al-Islah & seumpamanya.
(LEBIH KURANG 7 BUAH SEKOLAH DI NEGERI PERAK)

SYARAT PEMILIHAN
UPSR LULUS SEMUA MATAPELAJARAN
LULUS UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH

BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI SEKOLAH BERKENAAN.

PEPERIKSAAN AWAM YANG PENTING :- (CALON KE TING.1 / 2014)

KENDALIAN KPM & SPI, JPN
UPSR – 9 - 12 SEPT. 2013
SPI – 24 - 25 SEPT. 2013

KENDALIAN JAB. AGAMA ISLAM PERAK
(UNTUK PELAJAR-PELAJAR MENGIKUTI KELAS KAFA PERAK)


UPKK – (TAHUN 5 / TAHUN SEMASA) - 30.9 - 4.10.2013
SRAI – (KAFA TAHUN 6) DIJALANKAN PADA MINGGU PERTAMA NOVEMBER 2013 (PENDAFTARAN PEPERIKSAAN TELAH DITUTUP PADA OGOS 2013) - rujuk Sek Agama KAFA berdekatan.
KENDALIAN LEMBAGA TADBIR & PENGURUSAN SEKOLAH BERKENAAN
UJIAN KELAYAKAN SELARAS SABK – MINGGU AKHIR BULAN NOVEMBER SETIAP TAHUN.

Untuk Perhatian : Peperiksaan akan berlangsung serentak di semua SABK, namun keputusannya kelak boleh diguna pakai bagi kegunaan sekolah-sekolah yang lain untuk pilihan ibu bapa itu sendiri.

Thursday, September 5, 2013

Hari Keluarga BAGUS 2013 @ Cinta Sayang & Water Park Sungai Petani

Sejarah terukir di Hari Keluarga BAGUS 2013
Cinta Sayang Resort & Water Park Sungai Petani.
Tarikh berlangsung : 31 Ogos - 1 September 2013

Kehadiran : 19 Keluarga
Motto : 'Eratkan Ukhwah Hidupkan Sunnah'

Puan Pengarah Program yang lega semua berjalan lancar, Alhamdulillah
Pengerusi BAGUS menyempaikan hadiah buat pemenang
Sesi menerima ganjaran
Kenangan Manis Keluarga BAGUS
Badan Kebajikan Guru Dan Staf 
bergumbira
Kenangan Warga BAGUS Beramai2 di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani
Berkuda suatu sunnah, senyum meleret dapat naik kuda
Makan malam di Restoren Mesra Jaya, Sungai Petani
Kanak-kanak bersedia dengan permainannya
Acara geli2 
Chop chop 
sedia menunggu arahan
"Jangan degil"
anakanda Muhammad Uwais juga teruja
sentiasa ceria
Gorila Walk
berendam suatu kemestian

Friday, June 28, 2013

Warna warna Sukan Tahunan 2013

'Beriadhah itu IBADAH , Beribadat itu INDAH'

Tarikh : 27 Jun 2013
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan

Pungutan mata kejohanan (sukantara)
Belum final lagi tuuu...

Inspira Kuning yang bersih

manisnya senyuman sikumbang betina

superhero doremon di permata biru

bacaan ikrar kejohanan

pungutan pingat 

sukaneka

antara yang unggul juara

Olahragawan 2013 : Mohd Khir Sulaiman

Olahragawati 2013 : Nabila Natasha bt. Zakaria

Piala Kejohanan Keseluruhan 2013

hasil tuaian

senyuman dalam kedukaan

redho ditempat ke-2

biru melaut
kuning yang bernasib baik
Keputusan Muktamad Sukan Tahunan Ke-47 

Thursday, April 4, 2013

Ayuh kita hidupkan malam... Qiamullail 2013

Qiamullail 2013
Ayuh Panitia Pendidikan Islam SK Lambor Kanan menganjurkan sesi menghidupkan malam. Bersama kita perkemaskan bagi penghayatan ilmu Islam mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN